Salammun a’laikum dan selamat bertemu…. Diharapkan para pembaca setia blog CP berada dalam keadaan sihat sejahtera… Pada ruangan kali ini, saya ingin membawakan aliran-aliran buah pukulan yang terdapat di seluruh tanahair yang diketahui oleh penulis. Samada buah pukulan tersebut adalah asli, “modified version” mahupun yang terdapat sedikit pengaruh buah pukul (bak kata orang bau-bau bacang), penulis bersikap berkecuali. Penulis hanya menyampai supaya anda mendapat maklumat.
PUKULAN MAT KELANG aka PUKULAN BUAH MELAKA. (Selak Daun Petik Buah)
Pengasas: - Ahmad Bin Sulong aka Mat Kelang.
Nota: - Arwah Mahaguru Mat Kelang mempunyai ramai anak murid. Antara yang sering kedengaran adalah arwah Ali bin Rani (Charlis), arwah Hj. Jantan (anak Mat Kelang), mendiang Lee Teck Bong, Arwah Raja Ghalib, Sarjan Maaruf (berasal dari Kelantan), Pak Abas Dagang dan ramai lagi…(sekadar menyebut beberapa nama). Terdapat juga guru-guru generasi terkemudian dari guru-guru tersebut di atas (generasi ke3 dan seterusnya) antaranya, Guru Sairi Bin Mahron, Guru Dahlan Karim, Guru Pak Mat Paip, Yaapar Indon, Hashim Kudong, Robert dan sebagainya…(sekadar menyebut beberapa nama).
Pengasas merangkap Guru Utama Perguruan: - Grandmaster Dr.
Tango Tan Swee Hwa.
Nota: - Dr. Tango mempelajari Pukulan Mat Kelang dari Guru Lee Tek Bong. Combat Pukulan merupakan “modified version” dari Pukulan Mat Kelang.
Pengasas merangkap Guru Utama Perguruan: - Guru Dahlan bin Karim.
Nota: - Guru Dahlan mempelajari Pukulan Mat Kelang dari Guru Abas dan Guru Charlis. Seni Silat Setiabakti merupakan sejenis aliran beladiri baru yang mempunyai unsur/pengaruh dari Pukulan Mat Kelang.
PERSATUAN SENI SILAT GERAK TEPAT MELAKA.
Pengasas merangkap Guru Utama Perguruan: - Guru Aziz Bin Mad Said
Nota: - Sejenis aliran beladiri baru yang mempunyai sedikit unsur/pengaruh dari Pukulan Mat Kelang.
Pengasas:-Mohamed bin Chik aka Pak Mat Kedidi
Guru Utama Perguruan: - Haji Muhammad Hasyim bin Haji Muhammad Salleh
GERAK SILAT LIAN. PGSLM (aka Lian Yunnan aka Buah Pukul Mersing aka Lian 13)
Dibawa oleh Abdul Rahman Al-Yunani dari Yunnan, China ke Bandar Maharani, Muar, Johor pada 1897.
Guru Utama Perguruan:- Guru Nazri Bin Hussin aka Pak Yee
Guru Utama Pak Atan
Guru Utama: - Abdul Rahim bin Mohamad
SILAT GAYANG LIAN aka Silat Lian Buah Pukul
Silat ini telah dibawa dari Mersing, Johor oleh Guru Atan Hussein dan dikembangkan di Rompin, Pahang. Guru Zol Haji Mat Lela kemudiannya telah diamanhkan oleh Guru Atan untuk mengembangkannya di Maran, Pahang pada tahun 1970aan dan kemudiannya ke Pekan, Pahang sehingga hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------
Mungkin terdapat banyak lagi aliran buah pukul yang terdapat di bumi bertuah kita ini… Penulis amat mengalu-alukan maklumat berharga berkenaan sebarang aliran buah pukul…
Jika terdapat kesilapan dalam informasi diatas, diharap jangan marah dan sama-sama dapat memberikan info yang lebih tepat…);
Wassalam…
No comments:
Post a Comment